Friday, November 25, 2011

convocation + vacation = awesome!!!

sori aku suda lama xupdate apa2...suda bersemak aku punya blog..
ok entry kali ni aku just nak share dengan korang semua pasal aku punya convocation..
aku punya majlis pada 31 oktober yang lalu...
but yang paling syok aku ambik cuti sampai seminggu...
bukan apa saja nak lepak lama sikit dekat UTHM...
rindu sial kawan2 aku, da lama xjumpa kan...
dan xperlu aku nak cerita panjang lagi just nikmati hidangan gambar yang tak seberapa ini...













 p/s : gambar2 yang laen ada dalam FB aku k...

Friday, October 21, 2011

Sebalik kisah Gagak Hitam

GAGAK HITAM!!!
ramai kawan2 aku tanya kenapa aku gunakan nickname 'gagak hitam'...
mungkin ade yg pikir pasal aku ni itam kowt..tu pasal guna nickname macam tu...hahaha...
macam2 andaian yg aku dapat dari korang semua...
ok skrg aku nak explain apesal aku guna nickname camtu...

kalau kita dengar je nama gagak, kepale hotak kita akan pikir burung yg selalu buat kotor...
terbang pulak dengan geng ramai2...burung yg buat orang sakit hati dengan taiknya yg merata..
dah la itam...haha...

gagak di tasik shah alam

tapi disebalik kepale hotak kita pikir benda buruk pasal gagak ni, pernah tak korang teringat yg sebenarnya gagak jugalah merupakan GURU PERTAMA bagi manusia di atas muka bumi ini...
korang tak percaya???mungkin korang sudah lupa...kisah dimana Qabil dan Habil iaitu anakanda Nabi Adam a.s. telah berkelahi dan Habil telah dibunuh oleh Qabil..namun dia tidak tahu apa yg patut dilakukan dengan mayat Habil...lalu dilihat 2 ekor burung gagak sedang berkelahi dan salah seekornya mati..lalu burung gagak yg masih hidup menggali lubang dan campak bangkai gagak yg dah mati tadi dan timbus balik dengan tanah...
Qabil terkejut tengok reaksi burung gagak tadi terus melakukan perkara yg sama keatas mayat Habil...

sunset at tasik shah alam

so dah clear kan...dan untuk peringatan korang, jangan nampak sesuatu benda atas keburukannya saje...tapi nilailah dia dari segala aspek...tak kiralah pasal benda ape skali pon...macam orang kampung aku cakap lah,"Don't judge a book by it's cover".hahaha.. 

p/s: aku sendiri pon benci kalau kena taik burung...hahaha...

Tuesday, October 18, 2011

::Pelamin Anganku Musnah::

tak ku sangka tak ku duga rupanya ianya berakhir sebegini rupa...
ohhh sangat pedih untukku menanggung perit di jiwa...

 


hahaha gua melawak jer...
sebenarnya bukan nak cerita pasal cinta...
bukan bermaksud nak bahan sape2 yang senasib dengan lagu kat atas...
ok, ape yang gua nak kongsi kat sini hanya gambar job baru yang team gua dapat...

















Lokasi: Kedai Bridal berhadapan dengan HUSM.(terbakar pada hari raya lepas)
Misi: Kira kos kerosakan untuk claim insurans.



Saturday, October 15, 2011

KAU PUNYA KUASA!!!

Tika tiupan sangkakala nyaring kedengaran
Bumi remuk dimamah kekuasaan
Manusia tersungkur tanda penyesalan
sudah tertutup pintu keampunan

Tuesday, December 28, 2010

Suda lama makan garam???

kekayaan,kebahagiaan bukan terletak pada tangan bapak!!!
ya itulah antara kata2 didalam filem Allahyarham P.Ramlee...
kata2 tersebut pendek tetapi mempunyai maksud yang dalam..

Allahyarham P.Ramlee


memang betol semua itu bukan terletak ditangan manusia walaupun ianya bergelar orang tua yang hanya menggunakan kata2 keramat mereka iaitu "kami sudah lama makan garam"
tetapi kita sebagai orang tua perlu juga menghormati keputusan seorang yang bergelar anak..
mungkin ada sebab yang tertentu mereka berbuat demikian tanpa kita memahaminya..


aku pernah ade sorang kawan yg family dia ni jenis memaksa...
aku naik kesian tengok dia...
ade suatu hari dia sampai nak bertumbuk dengan bapak dia..
mana taknya kan,kalau seseorang manusia selalu dipaksa..
lama2 dia akan rase tertekan..
dan bila manusia 2 tertekan mula la tindakan negatif akan berlaku...
anak2 akan mula memberontak...tindakan seperti ini boleh diibaratkan dengan bom masa..





aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah memaksa..
jujur aku katakan yang mereka ni open minded...
mereka menghormati keputusan yang kami lakukan..
tapi bukannya bermaksud mereka langsung tidak pedulikan kami...
mereka akan memerhatikan kami dari jauh..
ini serba sedikit dapat mengajar kami supaya berfikir sendiri dan berdikari..


xsalahkan kalau kita sebagai parent menghormati keputusan anak kita..
jangan lah kita menyuruh mereka itu dan ini...
biarkanlah mereka menentukan hidup mereka sendiri..
kerana jika kamu yang menentukan hidup mereka,itu sebenarnya hidup kamu bukannya hidup anak2 kamu..
so renung2 kanlah..

p/s: bertindaklah dengan bijaksana..gunakan akal anda yang waras..

Saturday, December 25, 2010

PELACUR TERHORMAT

KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."
Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.
Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.
Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya.
sumber dari kosmo online..


                                           credit t0 hencek google 
p/s: apabila manusia tersepit...pape pon dia sanggop lakukan..

Thursday, December 23, 2010

JOM BERKENALAN !!!

tengah hari semalam tengah aku duk sedap2 parking depan tv tibe2 fon aku bunyi...aku dapat sms dari sum1 n sms 2 bunyi dia cmni la
"En gagak hitam ditag kt blog.sila jawab"
ha 2 la sms yg aku dapat...

ok2 skrg ni kita xpayah crita panjang2...
aku telah ditag about JOM BERKENALAN oleh Miss Tan Bee Eng...tenkiu gurl...

ha meh2 kita tengok banner pasal JOM BERKENALAN ni...




SYARAT-SYARATNYA ADALAH :


  • haruslah meletak entri JOM BERKENALAN
  • haruslah letak banner JOM BERKENALAN
  • haruslah menjawab soalan yg ditag oleh empunya JOM BERKENALAN


1) APAKAH STATUS ANDA
weh soalan apa ni???kalau xjawab xbleh ke???hehek..xde la status aku skrg ni complicated..ni aku hope korang semua doakan aku supaya jodoh aku dengan si dia cepat2 la eh...ha bleh makan nasi minyak nanti..jangan risau lah aku ajak korang punya..no worries k..hehek..

2) CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
nama tipu aku Mohamad Hafizudin...tp nama sebenar aku fahrin ahmad...korang patot percaya k...hahaha...member2 aku de yg pggl apis,din n gagak pon ade...aku ni jenis simple2 je...kalau korang xcaya ha tanya dia..hehek..aku baru abes study n skrg tgh usha2 keje...eh2 lupa nak bagitau,aku asal dari kelate..semangat pejuang merah boh!!!hehek..

3) CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
adehh pe aku nak crita ni..aku pon baru ag dalam kerja2 belog ni..xsampai sebulan ag kowt...tp yg ade dalam kepale otak aku yg comeii ni skrg aku nk buat blog ni sebagai blog fotografi...tp skrg ni sumber maseh kurang...so kena tggu dlu la beb..n belog aku ni ade la crita serba sdikit pasal harian aku maybe...insyaAllah...

4) PANDANG TENTANG DUNIA BLOG
urmm bagi aku kan dunia blog ni da jd macam trend zaman skrg...byk kelebihan yg kita bleh dapat bila ade blog n kita follow ramai org...byk info yg kita akan dapat...kita pon akan dapat ramai kwn kan bila dah aktif lam berbelog ni kan...yela even jaoh dimata tp dekat dihujung jari...hehek..so aku sbgai blogger baru harap sokongan dari korang yg da otai...tunjuk ajar ku sifuu!!!

5) NASIHAT ANDA PADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
nasihat eh...adoi bab2 ni lemah cket der...tp xpela aku try jawab gak...kalau ade salah korang tlong btolkn k...nasihat aku pada korang yg baru nak start2 blogging cam aku ni ha 1st skali xbleh sombong2..2nd ko kena rajin2 blogwalking becoz ko akan dapat belajar serba sedikit cara otai2 ni berblog...tp bukan tiru k,cuma ambik pengalaman...paham x ni??hehek..(prasan cam bg ceramah jap)

6) NYATAKAN KEUNIKAN YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG ANDA
uish memang byk yg unik dalam blog aku ni...ko bukak2 je bleh nmpk muka aku yg comei ni...hahaha...(haram ko jgn nak prasan)..xde la belog aku ni biasa2 jek...yela aku kan budak baru belajar...tggu aku da jd otai dulu  pahtu aku gitau ape yg unik blog aku ni...hehek..

7) SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG
sampai bila eh...ha lu pikir la sendri...haha xde la..aku akan setia tulis blog ni sampai aku da kering idea la beb...lau idea da xde nk tulis pe ag kan...hehek..korang doakan la aku ni xkering idea kalau still nak tgk entry2 dari aku eh...impian aku dalam dunia blog ni utk menjadi jutawan...wahhh kaya ke???haha sape taw...doa2 kn la beta cepat2 kaya k...ape la aku merapu ni...cettt..impian aku adalah nak cari ramai kawan sebenarnya..

yeahhh da abes gak aku jawab soalan ni...susah taw x...ha skrg aku nk kongsi kesusahan jawab soalan ni dengan korang...dan orang yg bertuah 2 adalah:

selamat menjawab ya...